sknhj.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN NGEE HENG
SK NGEE HENG, JLN ABD RAHMAN ANDAK, JOHOR BAHRU, JOHOR.
Tel : 072243151, Faks : 072243151
e-mel : ngeeheng_jbb1006@yahoo.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | LOKASI | SEJARAH | LOGO SEKOLAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | PANITIA | PPSMI | PERPUSTAKAAN SEKOLAH | UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT | PUSAT AKSES SEKOLAH | KOKURIKULUM | PIBG | KEJAYAAN SEKOLAH | AKTIVITI 2007 | GALERI 2008 | BERITA TERKINI | PAUTAN |

BERITA TERKINI....

SAMBUTAN SUKAN TAHUNAN DAN HARI GURU 2008

             Sekolah Kebangsaan Ngee Heng bakal mengadakan Majlis Sukan Tahunan sekaligus menyambut Hari Guru pada 16 MEI 2008. Semua ibu bapa/penjaga murid SK Ngee Heng dijemput hadir ke majlis tersebut pada ketetapan berikut :

                        Tarikh    : 16 Mei 2008

                        Masa      : 7.30 pagi

                       Tempat   : Kantin dan padang sekolah

       Antara acara-acara yang menarik adalah.....................

                        * Perutusan Ucapan Menteri Pelajaran Malaysia oleh Puan Guru Besar.

                        * Nyanyian lagu Guru Malaysia oleh guru-guru SK Ngee Heng, JB.

                        * Penyampaian cenderahati guru.

                        * Sukaneka untuk murid.

                        * Sukaneka untuk guru dan ibu bapa.

        Majlis Anugerah Cemerlang 2007 dan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 telah diadakan pada 29 Mac 2008, Sabtu yang telah dirasmikan oleh Encik Ismail Bin Abdul Jalil merangkap Y.D.P PIBG SK. Ngee Heng, Johor Bahru.       

            Aturcara majlis :

      8.00 pagi - Pendaftaran. Tetamu mengambil tempat

      9.00 pagi - Ketibaan En. Ismail Bin Abdul Jalil (YDP PIBG 2007/2008)

      9.15 pagi - Bacaan doa

      9.20 pagi - Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar

      9.30 pagi - Ucapan perasmian oleh En. Ismail Bin Abdul Jalil

      9.40 pagi - Persembahan murid

      9.45 pagi - Penyampaian Anugerah Cemerlang 2007 dan Penyampaian sijil AJK PIBG 2007/2008

                         - Cabutan bertuah

      10.15 pagi - Mesyuarat Agung PIBG dimulakan

      11.30 pagi - Mesyuarat ditangguhkan

                             - Jamuan ringan                                                                                                                   Pelajar terbaik UPSR 2007, 4A 1B...  

                    AJK PIBG  2007/2008                                                                    Syed Muhammad Firdaus Bin Syed Najib

SEKITAR MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG.................

     MAJLIS MAULIDUR RASUL 2008

21 Mac 2008 merupakan sambutan Majlis Maulidur Rasul 2008 peringkat sekolah SK Ngee Heng, Johor Bahru dengan tema Menjana Ummah Gemilang.  Sambutan Maulidur Rasul ini adalah untuk mengingati peristiwa kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang merupakakan rasul akhir zaman dan pemimpin umat Islam.

          Selain daripada itu, sambutan ini dapat merungkai sejarah yang berlaku sepanjang kehidupan Nabi Muhammad S.A.W sebagai seorang anak, bapa, pemimpin keluarga dan pemimpin masyarakat seterusnya sebagai pemimpin sebuah negara Islam Madinah pada masa dahulu. Ia juga merupakan salah satu aktiviti bagi melatih murid agar dapat menghayati dan menegakkan syiar Islam dan mencontohi sirah Rasullulah S.A.W.

 

Persembahan kumpulan nasyid dari murid Tahun 3, 4 dan 5

          Antara pengisian sambutan Maulidur Rasul adalah persembahan nasyid dari murid Tahun 4, 5 dan 6. Selain daripada itu, laungan Azan yang dipersembahkan oleh Adik Muhammad Ilham Bin Haron ( Tahun 2), bacaan ayat suci al-Quran yang disampaikan oleh Adik Mohamad Ridzwan Bin Abd Halik ( Tahun 6 ) serta bercerita kisah Nabi yang disampaikan oleh Adik Khairuddin Bin Kassim ( Tahun 5 ). Ceramah agama juga telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Hanapiah Bin Sapuan dari SK. Bandar Uda 2, Johor Bahru.

Azan.. oleh Adik Ilham

Ceramah..Ustaz Hanapiah







MINGGU ANTIDADAH 18 FEBRUARI - 23 FEBRUARI 2008

Ucapan Guru Besar

Bacaan perutusan

Bacaan ikrar

Sambutan Minggu Antidadah peringkat sekolah SK Ngee Heng, Johor Bahru telah diadakankan pada 18 Februari - 23 Februari 2008 bersempena menyahut seruan Kerajaan Malaysia bahawa 19 Februari pada setiap tahun sebagai Hari Antidadah Kebangsaan. Oleh itu, Jabatan Pelajaran Johor telah mencadangkan semua sekolah di negeri Johor mengadakan Minggu Antidadah di peringkat sekolah sepanjang minggu berkenaan.

  Aktiviti yang telah dijalankan adalah :

1. Pelancaran Minggu Antidadah ( Perhimpuanan Pagi )

    @ Membaca perutusan YB Menteri Pelajaran Malaysia

    @ Ucapan Guru Besar

    @ Bacaan ikrar Antidadah oleh semua murid dan guru.

    @ Bacaan ikrar anti dadah

  2. Pertandingan melukis poster Tahap 2

  3. Pertandingan mewarna lukisan Tahap 1

  4. Pameran carta / poster antidadah

" MASYARAKAT MADANI TANPA DADAH "


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: